CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, January 29, 2009

Cerita Lawak

dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...

si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorg kelentong penduduk2 kampung...

sbbkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...

nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de sutir org pon percaya...

diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....

so diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi..

suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..

anak : btul tu..

ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...

anak : woookey..bereh

lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...

10 minit berlalu......

20 minit berlalu.....

30 minit berlalu....

si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...

plurp...si ayah pon timbul....

anak : apsal lama sangat menyelam tadi????

ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( kelentong si ayah)

kini, giliran si anak lak menyelam.....

x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....

ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????

anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii

Cerita Lawak

Adik buat lawak

Adik: Ikan manakah yang paling besar sekali?

Abang : Ikan paus la...

Adik : Salah!! Ikan paling besar ialah Ikano!!

Cerita Lawak

Pada suatu hari,selepas Ina balik ke rumahnya

Ina: Mak,mak tadi kat sekolah kan ade orang jatuh masuk dalam lonkang ak

Mak: Yeke,kesiannya dia...habis tu dia camane??

Ina: Semua orang gelakkan dia mak

Mak: Habis itu kamu pun gelak la,ye??

Ina: Tak la mak Ina menangis

Mak: Kenapa kamu menangis

Ina: Memenglah saye menangis sebab saye yang jatuh.....malunye mak!!

Mak: (ketawa terbahak-bahak)

Cerita Lawak

Aiman berasa dia tidak sihat. pada suatu hari, Aiman pergi ke klinik dan berjumpa dengan Doktor Alif. selepas Doktor Alif menganalisis jenis penyakit aiman, dia memberitahu Aiman:

Doktor Alif: aiman, kamu cuma demam biasa sahaja.
Aiman: oh yeke, klau macam tu ubat apa yang perlu saya ambil????
Doktor Alif: kamu kena ambil ubat antibiotik 3 sudu.
Aiman: eh, tak boleh doktor.
Doktor Alif: kenapa tak boleh???
Aiman: kat rumah saya ada 2 sudu jer...


Cerita Lawak

Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Jenan. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini...
Seorang pakcik tua baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pakcik tu tunggang motosikal dan sampai ke sebuah road block...
Polis: "P" mana pakcik?
Pakcik: P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis: Pakcik nak bergurau pulak. "P" mana pakcik?
Pakcik: Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik angin).
Polis: Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih).
Pakcik: "P" mana?
Pakcik: Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis: Pi pi pi pi lah... nyusah aje
Pakcik: Kan mudah camtu...

Cerita Lawak

Suatu hari, Ina baru pulang dari pasar raya.Tiba-tiba, dia terlanggar seorang pelancong Barat. Ina pula tidak tahu bercakap Bahasa Inggeris, ala...bantai jelah...

Ina: I'm so sorry.
Pelancong: I'm sorry too.
Ina: I'm sorry three.
Pelancong: What are you sorry for?
Ina: I'm sorry five!
Pelancong: ????

Wednesday, January 14, 2009

TANAH RUNTUH

Tanah runtuh di Pakistan

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:

  • hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
  • Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
  • gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
  • letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
  • gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
  • berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
  • Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
  • pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.

Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.

Aliran piroklastik (pyroclastic) berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas daripada gunung berapi yang meletus.